21 May 2012 05:32
Navigation
· Home
· Artikel
· Download
· FAQ
· Sembang-Sembang
· Pautan Web
· News Categories
· Hubungi Kami
· Galeri Foto
· Search
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 76
· Member TERKINI: Janet Tan
Artikel Terkini
· SEMBANG DALAM FACEBOOK
· HOROSKOP
· NANO ROBOT @ MIKROCI...
· Lelaki Bergelar SUAMI
· TIPS TANGGATHON_BEDA...
Web Links
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
KRT Bandar Sultan Suleiman
Sistem Maklumat JPNiN e-RT
Petua Dulu-Dulu
MAKLUMAN: Koleksi Petua & tips kesihatan ini adalah rujukan dari pelbagai media cetak dan elektronik serta lain-lain sumber. Keberkesanannya belum diketahui secara saintifik.

Oleh itu, kami tidak akan bertanggung-jawab jika petua dan tips kesihatan ini memberi kesan sampingan semasa/setelah mengamalkannya. Semoga kita mendapat manafaat bersama dalam mengamalkan petua-petua ini.

Membuat sambal yang sedap
Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Mengempukkan daging
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

Merangupkan ayam goreng
Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Mengelak daripada nasi mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak.

Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi
Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.

Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur, masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Jika nasi hangit
Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi.

Merangupkan ayam goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan bau peti sejuk
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

Cara hilangkan getah di pisau
Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut. Selamat mencuba.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

Shoutbox Archive
Anda mestilah login terlebih dahulu sebelum hantar mesej.
toknyadat January 28 2011 11:24:51
Wassalam... Saya rasa ia patut dan perlu memandangkan kejadian kecurain berlaku waktu siang ketika kita berada kat tempat kerja.
faizullah January 27 2011 16:43:41
Asalamualaikum.. perlukah Syif bagi SRS waktu siang? Bagaimana nak dilaksanakan? Mohon pendapat semua? Smile
aziz January 25 2011 09:23:10
Apa perkembangan semasa kat Tenang?
aziz April 19 2010 21:06:33
Salam saudara Gani, Apa perkembangan SRS tempat saudara?
gani April 16 2010 13:00:02
salam berkenalan pada semua saya dari krt kg chat tumpat kelantan .
rttcr April 15 2010 20:45:33
Shock
muhayat793 April 14 2010 22:51:12
salam /|\
aziz April 12 2010 21:00:29
Wa'alaikum salam. Sunyi jer. ada cerita aper? Shock
rttcr April 10 2010 22:20:25
a.kum semua Wink
romeo December 25 2009 17:10:00
Wa kat RT Castrovilari. He he
aziz December 16 2009 13:22:31
SAlam Romeo, u kat RT mana??
romeo November 11 2009 21:35:32
Ramai orang kemari sejak bermenjak ni. Pastinya bila pertandingan pidato jalan nanti ramai juga penontonnya. he he
toknyadat October 31 2009 22:55:19
Maaf kerana masih ada beberapa masalah teknikal yang harus diselesaikan. Diharap bersabar. Cool
GPANG69 October 30 2009 23:57:24
Apa sudah jadi????????
abemat October 30 2009 11:05:02
Bila nak mula pidato???
GPANG69 October 20 2009 23:33:53
Harga yang ditawarkan memang murah dan tak boleh didapati diKL dmana kemudahan yang ada disekeliling DTR
aziz October 20 2009 00:53:27
Bayar RM400 setiap bulan, rumah jadi milik sendiri.
awie October 20 2009 00:51:28
Kalau pinjam selama 20 tahun, kami kena bayar +-RM400 termasuk maintenance berbanding menyewa sebanyak RM124 sebulan
awie October 20 2009 00:49:35
Kami x puas hati dengan sesi taklimat yang tak selari dengan hasrat PM.
GPANG69 October 20 2009 00:33:51
Apa cerita dengan projek PPR nak di jual
Login
Username

Katalaluan



Belum jadi Ahli?
KLIK SINI untuk daftar.

Lupa katalaluan?
KLIK SINI untuk dapatkan katalaluan BARU.
Shoutbox
Anda mestilah login terlebih dahulu sebelum hantar mesej.

28/01/2011 11:24
Wassalam... Saya rasa ia patut dan perlu memandangkan kejadian kecurain berlaku waktu siang ketika kita berada kat tempat kerja.

27/01/2011 16:43
Asalamualaikum.. perlukah Syif bagi SRS waktu siang? Bagaimana nak dilaksanakan? Mohon pendapat semua? Smile

25/01/2011 09:23
Apa perkembangan semasa kat Tenang?

19/04/2010 21:06
Salam saudara Gani, Apa perkembangan SRS tempat saudara?

16/04/2010 13:00
salam berkenalan pada semua saya dari krt kg chat tumpat kelantan .

15/04/2010 20:45
Shock

14/04/2010 22:51
salam /|\

12/04/2010 21:00
Wa'alaikum salam. Sunyi jer. ada cerita aper? Shock

10/04/2010 22:20
a.kum semua Wink

25/12/2009 17:10
Wa kat RT Castrovilari. He he

Render time: 0.10 seconds 225,701 unique visits